Proses pembelajaran berkesan bukan
memberi tumpuan kepada kesempurnaan tetapi lebih kepada usaha mempelajari
sesuatu yang baru dan dilaksanakan dalam kehidupan harian.
Bagi Pengetua sekolah awam yang terletak di New South Wales, berhampiran Sydney, Ross Sutherland, berkata proses mendidik kanak-kanak peringkat awal mendapati mereka memerlukan bimbingan untuk membentuk daya pemikiran dan kreativiti bagi mempelajari sesuatu secara semula jadi.
Kanak-kanak di peringkat tadika kini akan memasuki dunia pekerjaan pada 2027 dan bersara pada 2070. Bagi memenuhi keperluan industri pekerjaan, beliau berkata, mereka perlu diberi kemahiran secukupnya, sekali gus membolehkan lebih berdaya saing.

Katanya, menjadi tanggungjawab semua
pihak membuat persiapan awal dalam melahirkan generasi muda lebih berdikari,
selain mampu bertahan dalam suasana global yang menuntut daya ketahanan tinggi.
“Berhadapan dunia pendidikan lebih kompleks dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut kepada kepelbagaian. Guru perlu terkehadapan dengan meningkatkan kemahiran mengendalikan teknologi.
“Kemudahan ICT juga dilihat mampu meningkatkan kecekapan guru dalam melaksanakan tugas harian termasuk menggunakan teknologi semasa menerusi proses khidmat pesanan ringkas,” katanya.